Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota

ohor Bahru, Jan 03.
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa 1 Januari 2024).

Gelaran baharu itu diumumkan Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan baginda di bawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Dis 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.Bagi versi Bahasa Inggeris, Her Highness Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Abdul Rahim memaklumkan oleh itu, mulai 1 Jan 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here