Isteri dibelasah kerana tutup pintu dengan kuat

Ampang Jaya, Seorang wanita dibelasah hingga lebam oleh suaminya hanya kerana berang terhadap perbuatan mangsa menutup pintu dengan kuat dalam kejadian di Taman Maju Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata mangsa berusia 40 tahun membuat laporan jam 2 pagi kelmarin selepas berselisih faham dengan suami, 45 kerana berada di rumah mereka.

Beliau berkata, ketika berlaku pertengkaran di antara mereka, suspek bertindak memukul isterinya hingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan lebam di tangan, kaki dan badan.

Pemeriksaan perubatan di Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada tangan kanan, jari tengah sebelah kanan dan kaki kanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here