Bertengkar hingga maut

Ipoh, Jan 04.
Seorang wanita maut manakala dua lelaki termasuk teman lelakinya cedera dalam pertengkaran di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, dekat Menglembu, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi, peniaga kedai warga tempatan Lee Siew Lean, 40, maut ditikam senjata tajam.

Difahamkan pergaduhan tercetus antara mangsa yang maut dengan suspek berumur 50-an yang juga pekerja mangsa di premis berkenaan berhubung hal kewangan syarikat.

Dua mangsa yang cedera difahamkan masing-masing adalah teman lelaki mangsa berusia 42 tahun yang juga rakan kongsi mangsa maut, serta pekerja kedai itu. Pertengkaran dikatakan tercetus apabila suspek berang terhadap mangsa, teman lelaki mangsa, serta rakan sekerja suspek sebelum menyerang mereka menggunakan senjata tajam.

Suspek yang turut cedera di telinga sudah ditahan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here