Samun warga asing, 3 remaja ditahan

Kuala Lumpur, Jan 11.

Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau terhadap seorang lelaki warga asing di Taman Connaught, Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Ridzuan Khalid berkata suspek berusia 14 hingga 15 tahun itu dipercayai menyamun mangsa pada 11.30 malam semalam sebelum ditahan pada jam 2 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa mengalami kerugian RM500, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman selama lima hari sehingga 14 Jan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here