Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu

Ipoh, Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi semalam dalam seminggu untuk membantu siasatan kes itu.

Lelaki berusia 61 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan diiringi polis kira-kira 9 pagi.

Perintah reman bermula hari ini hingga 14 Julai dikeluarkan oleh Majistret Jeseca Daimis membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira 7.45 malam tadi dan mendapati banyak kapak yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Semalam, mayat suri rumah Ooi Tin Lu, 59, dan suaminya Ng Chun Hon, 64, seorang mekanik ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh abang Chun Hon yang balik ke rumah selepas bekerja lalu melaporkan kepada polis kira-kira 8.50 pagi.

Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan dengan satu daripadanya tertiarap manakala satu lagi tersandar pada dinding dipercayai akibat kecederaan di kepala disebabkan senjata tajam dan objek tumpul namun tiada senjata ditemui.

Susulan itu, polis memburu suspek yang juga adik lelaki Chun Hon yang menghilangkan diri bersama kereta jenis Proton Saga milik Ooi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here