Mayat lelaki ditemui dalam parit

Sabak Bernam, Jan 19.
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam parit di Jalan Tali Air 11 Pasir Panjang Sekinchan, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam pada jam 12.55 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan polis dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke lokasi penemuan mayat tersebut.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen diri dijumpai dan sebarang unsur pergelutan jenayah dikesan di lokasi penemuan mayat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Agus Salim memberitahu, keadaan mayat juga telah mula mereput dan dipercayai lebih dari tiga hingga empat hari meninggal dunia sebelum dijumpai.

“Parit tersebut merupakan sistem saliran air yang membekalkan sumber air ke kawasan penanaman sawah padi di Pasir Panjang.”Semasa mayat ditemui air parit tersebut dalam keadaan surut,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here