Polis ambil keterangan perakam video remaja dibelasah bapa

Kuala Lumpur, Jan 26.
Polis sudah mengambil keterangan perakam video dan saksi seorang remaja dibelasah bapanya sehingga menerima 12 jahitan di kepala.

Wanita 44 tahun itu yang juga teman wanita suspek ke Balai Polis Kota di Rembau, Negeri Sembilan, kira-kira 12 tengah hari Selasa lalu.Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad berkata, wanita itu merakam kejadian pada tengah malam Selasa lalu, tetapi dia tiada di sana ketika polis tiba di rumah suspek.

“Kami sudah memanggil saksi kejadian ini yang merakam kejadian remaja perempuan 17 tahun ditendang dan dipukul bapa kandungnya menggunakan raga plastik, papan seterika dan kerusi plastik,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, media melaporkan remaja yang dipukul bapanya turut mendakwa menjadi mangsa rogol suspek pada November lalu. Menurut laporan, remaja itu ditendang dan dipukul bapanya yang dipercayai mabuk selepas mendedahkan tindakan suspek didakwa merogolnya kepada teman wanita bapanya.

Hazri berkata, ibu bapa mangsa bercerai sejak dia berusia empat tahun dan tinggal bersama neneknya di Rantau dekat Seremban.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu mula tinggal dengan bapanya sejak 2022 dan saksi wanita terbabit turut tinggal bersama mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here