Lelaki baling minyak petrol bakar kedai mercun

Klang, Jan 31.
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit yang juga warga tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah telah datang ke sebuah gerai bagi membeli bunga api sekitar jam 4.30 petang di tepi jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, dekat sini.

Beliau berkata, mangsa yang juga peniaga limau dan mercun telah membungkus bunga api yang diminta, namun suspek tiada wang untuk membayar.

“Disebabkan tidak mempunyai wang, mangsa yang merupakan pemilik gerai telah mengambil semula bungkusan bunga api yang mahu dibeli oleh suspek.

“Namun sekitar jam 7 petang, suspek telah datang semula ke gerai dan membaling satu botol dipercayai mengandungi minyak petrol ke arah gerai milik pengadu.”Tindakan lelaki tersebut telah mengakibatkan sebahagian gerai dan barangan jualan telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohd Khairi berkata, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan mangsa telah membuat laporan polis pada Rabu.
Kata beliau, bertindak atas maklumat, suspek telah berjaya ditangkap di Taman Karuppiah, Padang Jawa, dekat sini jam 1 tengah hari pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here