Gurun, Feb 2.
Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah trak tentera dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, kesemua anggota tentera yang maut berusia berusia 30 hingga 40-an.
Beliau berkata, terdapat empat mangsa iaitu seorang pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan mengalami patah di bahagian badan dan berjaya dikeluarkan anggotanya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan menaiki EMRS.
Beliau berkata, tiga lagi mangsa iaitu anggota tentera berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Komander Operasi melaporkan keadaan operasi terkawal dan anggotanya melakukan pembersihan sisa-sisa kemalangan.
“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.