Anjing cederakan jiran, Pemilik didenda RM15,000

Ampang, Feb.
Padah gagal menjaga keperluan seekor anjing sehingga haiwan itu mencederakan jiran, seorang mekanik didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu ke atas pemilik anjing, Yee Chan Fai, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah kerana gagal mengambil langkah munasabah untuk memastikan keperluan haiwan itu dipenuhi sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Saga di sini, pada 9 pagi, 24 Mei 2022.

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. “Dalam kes ini, pengadu yang juga mangsa turut cedera dan alami kerugian kerana perlu membayar denda. Anjing kamu pun dicederakan kerana sifat cuai kamu,” kata hakim itu.

“Pengadu (jiran) sebelum ini sudah didenda RM23,000 kerana memukul anjing itu, tidak termasuk kos guaman dan kos perubatan yang perlu ditanggung beliau. Mohon mahkamah turut mengambil kira faktor ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here