2 warga asing ditahan cuba larikan budak perempuan

Kuala Lumpur, Mac.
Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan di sebuah pasar raya di Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan ibu saudaranya sedang menaiki eskalator di pasar raya berkenaan.

“Dua warga asing datang dari arah belakang dan salah seorang suspek tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu menyebabkan ibunya menjerit dan menarik semula anaknya.

“Dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu,” katanya dalam satu kenyataan.Katanya, dua lelaki warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here