Lelaki berlumuran darah pandu ke balai polis

Kuala Lumpur, Mac.
Seorang lelaki terpaksa memandu sendiri sejauh3 kilometer ke balai polis dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang lelaki bersenjata di Rawang, Isnin lalu.

Tindakan itu berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berusia 47 tahun itu apabila diberi rawatan segera di Hospital Sungai Buloh.Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6.48 petang.

Mangsa berlumuran darah ketika datang membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes, katanya.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa berada dalam kereta di lokasi kejadian.

“Mangsa diserang tiga lelaki tidak dikenali menggunakan senjata tajam sebelum mangsa melarikan diri ke balai polis,” katanya, lapor Harian Metro.

Mangsa terus diberi bantuan oleh polis sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Mangsa disahkan mengalami kecederaan bahagian tangan, belakang badan serta bahu akibat kejadian.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here