Restoran nasi kandar terbakar

Kuala Lumpur, Mac.
Sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama di sini terbakar pada hari ini. Dalam kejadian itu, seorang pekerja sebuah restoran nasi kandar nyaris maut apabila hampir separuh badannya melecur dalam kebakaran itu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.44 pagi.

“Seramai 44 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas bersama beberapa buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 11.51 pagi mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar ” katanya menerusi kenyataan. “Mangsa mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Anggaran awal dari pihak hospital memaklumkan 80 peratus badan mangsa melecur akibat kebakaran,” katanya.

Menurutnya, usaha memadamkan kebakaran dilakukan bagi mengelakkan merebak ke bangunan berhampiran.

“Kebakaran dikawal pada jam 12.08 tengah hari dan dipadamkan sepenuhnya pada 12.40 tengah hari.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here