Kerajaan tak tutup TikTok, platform media sosial lain

Kuala Lumpur, Mac.
Kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial pada masa ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Bagaimanapun, katanya kerjasama lebih baik diperlukan daripada platform media sosial berkaitan beberapa isu keselamatan.

“Beberapa langkah sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk dalam isu berkaitan keselamatan seperti perkhidmatan dalam talian bagi kanak-kanak supaya dapat ditangani dengan lebih baik, begitu juga dengan bahan berkaitan pornografi dan jualan produk tidak patut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here