Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri – 50,000 pemandu dilindungi

Putrajaya, Mac.
Seramai 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah menerima manfaat perlindungan sosial menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Manfaat itu diperoleh secara percuma selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) membiayai 10 peratus baki caruman kepada mereka. Ia susulan pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2024 yang menaikkan tajaan caruman SKSPS kepada 90 peratus dari 80 peratus.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, baki 10 peratus tersebut ditaja hasil penjualan nombor pendaftaran istimewa GOLD sebanyak RM1.165 juta.

“Orang kata menteri sibuk jual nombor tetapi melalui penjualan nombor pendaftaran GOLD ini, kerajaan dapat menjana hasil sebanyak RM17 juta dan RM1.165 juta kita manfaatkan kepada 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara,” katanya menerusi sidang akhbar selepas pelancaran inisiatif itu di Menara Perkeso pada Rabu.

Turut hadir, Turut hadir Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here