Kuala Lumpur, Apr.
Seramai 6,034 guru baharu lantikan secara kontrak telah ditempatkan di sekolah bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara, bermula Isnin lalu.
KPM dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.
Menurutnya, penempatan baharu lantikan secara kontrak terbabit dibuat berdasarkan tiga prinsip asas, iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.
“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu lantikan secara kontrak bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah seluruh negara.
























