Kuala Lumpur, Okt-
Sesi persekolahan bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan kembali bermula pada bulan Januari bagi tahun 2026.
Menerusi kalendar akademik yang dikongsikan Kementerian Pendidikan, persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi negeri-negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan akan bermula sehari selepas itu, iaitu pada 12 Januari 2026.
Menurut beliau, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilaksanakan secara berperingkat dan tertib, tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.
“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.
“Usaha ini menyerlahkan tekad Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.





















