Kuala Lumpur, Mei-
Baru-baru ini tular satu video pergaduhan antara dua pasukan bola sepak peringkat sekolah. Keadaan jadi kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan memukul pengadil perlawanan&
Insiden itu tambah tegang apabila pengadil pula membalas pukulan tersebut. Maka, berlakulah adegan tidak sepatutnya, dengan penonton dalam kalangan ibu bapa pun masuk campur.
Ramai yang kecam insiden itu kerana ia melibatkan pelajar sekolah. Kalau pun pengadil itu bersalah, tidak sepatutnya anak muda yang masih bergelar pelajar bertindak memukul orang lebih tua. Ada cara lain lagi untuk selesaikan masalah.
Malah, ia juga tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dipertontonkan kepada pelajar lain dan ibu bapa yang datang untuk memberikan sokongan buat anak-anak mereka.
Baru main bola peringkat sekolah dah pandai serang pengadil, bayangkan jika mereka wakil negeri atau negara. Muda-muda lagi dah baran tak bertempat. Ke mana hilangnya rasa hormat yang diajar selama ini?
Sebenarnya kejadian itu hanya sebahagian kecil daripada sekian banyak contoh pelajar kita yang semakin hilang adab, hilang sabar, hilang budi pekerti dan rasa diri sendiri sentiasa betul.



















