‘Lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya,Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah

Kuala Lumpur, Jun-
Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Proses membawa ibu Zayn dipercayai dilakukan adalah untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

Berdasarkan tinjauan di lokasi, sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi tadi.

Setakat ini tiada maklumat diperoleh mengapa bapa Zayn tidak dibawa ke lokasi berkenaan bersama isterinya. Difahamkan, wanita itu juga akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here