Ipoh, Jun-
Seorang wanita maut selepas dipukul dan ditikam dipercayai oleh suaminya di sebuah rumah di Kampung Simee, hari ini.
Kejadian dikatakan bermula daripada pertengkaran antara suami isteri itu yang disaksikan oleh anak perempuan mereka berusia 12 tahun.
Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya berusia 56 tahun sebelum suspek memukul mangsa di kepala dan menikamnya beberapa kali.
Kejadian jam 8.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila pasangan itu baru tiba di rumah selepas bersarapan di luar.
Difahamkan wanita itu sebelum ini sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga berdasarkan maklumat ahli keluarga.
Difahamkan suspek sudah ditahan polis di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.