Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan

Kuala Lumpur, Julai-
Konsert komposer dari India, AR Rahman pada 27 Julai ini diharap dapat membuka peluang kepada artis tempatan untuk berkolaborasi dengan pemuzik legenda itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata, harapan itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan penggubah lagu itu di Bangunan Parlimen hari ini yang turut disertai beliau.

“Sepanjang 40 minit perjumpaan, AR Rahman menceritakan pelbagai pengalamannya di industri muzik termasuk berkongsi mengenai beberapa klip video muzik yang diterbitkannya.”Beliau turut berkongsi mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan juga pengaruh kecerdasan buatan (AI) di industri muzik yang semakin menyerlah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook .

Beliau berkata Perdana Menteri turut tertarik dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesenian dan keamanan yang dibawa oleh AR Rahman menerusi muzik.

Ramanan berkata AR Rahman yang juga pemenang Anugerah Oscar turut menjemput Perdana Menteri untuk menghadiri konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here