Pempengaruh maut: Wanita disambung reman dua hari lagi

Kuala Lumpur, Julai-
Seorang wanita tempatan yang ditahan berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial disambung reman dua hari lagi selepas ditahan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, wanita terbabit disambung reman dua hari lagi sehingga Jumaat bagi membantu membantu siasatan berhubung kes ugutan ke atas pempengaruh Rajeswary Appahu, 30, atau digelar ‘Esha’.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi semakan maklumat butiran diri pemilik akaun lain yang terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here