Polis sahkan kematian mangsa kedua keropok beracun

Kulim, Julai-
Polis mengesahkan seorang lagi mangsa yang makan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Ahad lalu meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak berusia dua tahun itu meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari ini di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau berkata, jenazah kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dibedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan keropok yang mengandungi racun tikus yang dipasang di dawar pagar dan bertujuan untuk mengusir kera liar di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here