Warga asing melarikan diri naik kenderaan e-hailing’

Kuala Selangor, Ogos-
Naik kenderaan e-hailing untuk meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Itu antara taktik digunakan warga asing, kurang sejam sebelum operasi bersepadu dilakukan di sekitar Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, perkara itu tidak mustahil, kerana kehadiran pihak berkuasa ‘dihidu’ terlebih dahulu.

“Jadi mereka sudah bersedia untuk mengelak khususnya yang melakukan kesalahan.”Bagi yang lengkap (dokumen), mereka tidak takut malah memberi kerjasama penuh untuk diperiksa,” katanya, malam tadi.

Mohd Ambia mengetuai operasi bersepadu di lokasi terbabit bermula 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here