Kuala Lumpur, Mei-
Bermula 1 Jun, urusan mereka yang keluar dari Malaysia dan memasuki Singapura menggunakan perkhidmatan bas dan motosikal dipermudahkan apabila hanya perlu mengimbas kod QR menerusi aplikasi MySejahtera atau MyTrip, tidak lagi passport.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yakin penggunaan kaedah baharu ini akan memendekkan sehingga 83% waktu perjalanan, selepas ini.
Tempoh menunggu pengguna bas terminal BSI pada waktu puncak daripada 120 minit kepada 15 minit bersamaan 83% penjimatan masa, manakala tempoh menunggu pengguna motosikal daripada 40 minit kepada 30 minit bersamaan 19% penjimatan masa.
“Sementara tempoh menunggu bas di terminal KSAB pula dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 15 minit bersamaan 74% penjimatan masa dan pengguna motosikal daripada 45 minit kepada 30 minit bersamaan 23% penjimatan masa,” katanya di Facebook.



















