Agong beri amaran tarik balik darjah

Kuala Lumpr, Sep-
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima yang terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah.

Seri Paduka Baginda bertitah, setiap penerima yang telah dipilih seharusnya bersifat jujur dan amanah kepada pemerintah, menjaga tingkah laku dan tidak terlibat dalam kegiatan rasuah dan sebarang kesalahan jenayah.

“Sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala Darjah dan Pingat Kebesaran akan ditarik balik. Good bye to it.

“Sehubungan itu, saya telah arahkan kerajaan untuk menyemak senarai banduan di semua penjara dan mana-mana banduan yang ada Darjah Kebesaran, maka ia akan ditarik balik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here