Belajar Mandarin dan Tamil’- Kalau perlu! kata ketua Pemuda PAS

Temerloh, Sep-
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menasihatkan anggota sayap terbabit terus memberi kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS untuk meningkatkan sokongan.

Beliau mendakwa semakin ramai orang bukan Melayu kini berani berterus-terang mengkritik DAP secara terbuka termasuk di TikTok yang perlu dimanfaatkan PAS.

Menurutnya, tanggapan komuniti itu penyokong Pakatan Harapan (PH) terutama DAP harus dikikis ahli Pemuda PAS menyebabkan mereka takut mendekatinya sebaliknya meletakkan ‘beban’ itu kepada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN).

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata usaha meningkatkan kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS termasuk dari segi komunikasi dengannya.

“Jika perlu ada kelas belajar Mandarin, belajar, kalau perlu bercakap Tamil, silakan.

“Rakan-rakan bukan Islam ini sebenarnya tidak sukar menerima kita…mereka boleh sekiranya diberi gambaran betul dan penjelasan tepat,”katanya dalam ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks Al-Makmur, Kerdau.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika merasmikan muktamar itu semalam meminta sayap terbabit melakukan anjakan paradigma dengan memberi fokus menarik sokongan bukan Melayu dalam misi menawan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here