Kuala Lumpur, Sep-
Gabungan Isu Perumahan dan Pampasan Jinjang Selatan Tambahan mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menyelesaikan tuntutan isu perumahan dan pampasan pengosongan tanah.
Penolong Setiausahanya, K. Selvakumar mendakwa hak 17 penduduk yang dijanjikan tawaran rumah telah dinafikan.
Ia susulan tapak berkenaan di Lot PT 26640 terlibat dengan penjualan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada pemaju melalui perjanjian pada 23 November 2017.Selvakumar pada bulan lalu mendakwa sepatutnya rumah gantian diberikan kepada penduduk yang layak.
Bagaimanapun setakat tempoh berkenaan, hanya sekitar 70 peratus daripada pembinaan rumah gantian disiapkan manakala rumah bagi keluarga kedua belum bermula.Penduduk Jinjang Selatan Tambahan tercicir pampasan rumah.



















