Budak rumah amal GISBH dapat pendidikan formal Oktober ini

Kuala Lumpur,Sep-
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyediakan akses pendidikan kepada sekurang-kurangnya 300 anak pengikut Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) yang kini ditempatkan di rumah perlindungan, bermula 1 Okt ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan melaksanakan pendidikan berdasarkan modul khas mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.“Melalui fasa pertama ini, modul khas disediakan kerana mereka tidak berada dalam sesi persekolahan biasa dan arus perdana.

“Setakat ini kita buat penilaian 3M iaitu membaca, mengira dan menulis selain psikososial..kita sedang melakukan sesi bersama kaunselor KPM,”katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here