Lebonan lepas tiga roket ke arah Israel

Sekurang-kurangnya tiga roket dari Lubnan telah dibedil ke Israel.

Bagaimanapun tentera Israel berkata, roket-roket itu mendarat di Laut Mediterranean dan tidak menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa.

Roket-roket itu dilancarkan dari wilayah Qlaileh di utara Naqoura, berhampiran sempadan dengan Israel.

Berita penyiar awam Israel, Kann mengatakan penduduk di barat Galilea mendengar berlaku letupan.

Saluran berita Lubnan, Al-Jadeed memetik sumber mengatakan roket yang dilancarkan dari selatan Lebanon tidak ditembakkan dari platform Hezbullah.

Sementara itu, media Lubnan juga melaporkan pesawat perang Israel terbang di udara wilayah selatan Lebanon.

Israel telah bertempur dengan pejuang Islam Palestin, Hamas minggu ini dalam permusuhan terburuk sejak bertahun-tahun.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, jumlah kematian warga Palestin meningkat kepada 103 orang, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita, dengan 580 orang cedera.

Sementara itu Hamas mengesahkan 13 pejuangnya terbunuh, termasuk seorang komander kanan.

Tetapi Israel pula mendakwa angka kematian pejuang Hamas adalah lebih tinggi.

Tujuh orang terbunuh di Israel termasuk seorang tentera yang terbunuh oleh peluru berpandu anti-tank dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang terkena serangan roket.

Israel berperang pada tahun 2006 melawan Hezbullah, yang telah berkuasa di selatan Lubnan dan memiliki roket berteknologi tinggi maju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here