Kuala Lumpur, Sep-
Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi lucah serta mengaibkan ibu kepada pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli, empat bulan lalu.
Hukuman diputuskan Hakim Siti Aminah Ghazali selepas tertuduh, B. Sathiskumar, 40, menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh tangkap pada 10 Julai lalu.