Banjir di Selangor, 1,968 mangsa dipindah ke PPS

Seramai 1,968 mangsa daripada 480 keluarga terpaksa dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) selepas tiga daerah di Selangor dilanda banjir malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata daerah terjejas adalah Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.“Seramai 1,968 mangsa daripada 480 keluarga diselamatkan oleh pasukan bomba yang ke lokasi bagi operasi banjir.

“Mereka ditempatkan di enam PPS dibuka di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seri Pagi, Paya Jaras, Dewan Kenanga, Dewan MBSA Bunga Matahari, Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang, Sekolah Rendah Agama Kuang, Sekolah Kebangsaan Desa Aman,”katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, operasi itu disertai 54 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Bestari Jaya, Selayang, Batu Arang, Bukit Jelutong serta Dengkil.

Katanya, mereka turut memantau 21 lokasi dinaiki air antaranya di Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempah, Kampung Cempedak di Kuang; Kampung Melayu Subang, dan Jalan Tembusu, Subang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here