Kuala Terengganu, Okt-
Pemandu wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, di Jalan Pantai manakala seorang lagi cedera parah malam tadi, direman empat hari mulai hari ini.
Perintah reman terhadap wanita berusia 49 tahun yang juga suri rumah itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini.
Katanya, SUV dipandu wanita terbabit merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus berkenaan.