Shah Alam, Okt-
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, Najib menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali, bertemu, atau mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bertanya tentang sebarang kaitan atau pengetahuannya mengenai Altantuya, seperti yang disebut dalam bab 42 buku “My Story: Justice In The Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
“Saya tidak pernah mengenali beliau, tidak pernah bertemu, dan tidak pernah memberikan arahan sedemikian.
“Saya tidak terlibat dalam jenayah keji ini, dan saya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. “Saya telah menyatakan ini secara rasmi dan bersumpah,” kata Najib pada perbicaraan penuh pertama bagi saman fitnahnya terhadap Thomas.





















