Deepavali: Aliran trafik dijangka meningkat kepada 2.1 juta kenderaan

Shah Alam, Okt-
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik meningkat kepada 2.1 juta kenderaan sehari pada 30 Oktober, 2 dan 3 November ini sempena cuti perayaan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pihaknya telah membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya selamat dan selesa.

Selain itu, menurutnya, PLUS akan mengaktifkan ‘Smart Lane’ di 21 lokasi kritikal dan menambah baik kemudahan di hentian rehat dan rawat (R&R) demi keselesaan pengguna lebuh raya.

“PLUS komited untuk terus menaik taraf tandas di R&R, hentian sebelah dan plaza tol. Sepanjang tahun lalu hingga tahun ini, kira-kira RM37.5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf serta menambah baik tandas awam di 60 lokasi kawasan rehat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here