Kuala Lumpur, Nov-
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) direkodkan pada tahap sederhana iaitu 71.91, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu sekali gus mempamerkan terdapat tekanan yang mendorong masalah kesihatan membabitkan golongan berkenaan.
Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) berkata skor itu wajar digunakan sebagai petunjuk awal bagi mengenal pasti masalah terbabit dalam kalangan belia di negara ini.
Katanya, keadaan terbabit boleh mendorong kepada masalah kesihatan mental lebih serius, jika tidak ditangani segera selain menyifatkan indeks itu sangat signifikan, terutama mengenai cabaran sosial dan ekonomi dihadapi generasi muda.
MyMHI’23 dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), selain akan menjadi alat pengukur utama untuk menilai tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun di negara ini.
“Merujuk kepada pencapaian domain (dalam MyMHI’23), domain pengalaman hidup mencatatkan skor tertinggi iaitu 88.51 dan berada pada tahap memuaskan.




















