Pemandu kereta cedera elak lori lawan arus

Johor Bahru, Nov-
Seorang pemandu kereta hampir ‘kehilangan nyawa’ apabila keretanya terbabas selepas mengelak sebuah lori yang dipandu melawan arus di Kilometer 14 Lebuhraya Pasir Gudang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan Honda Civic itu dengan sebuah lori sebelum melakukan siasatan.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika kereta dipandu lelaki warga Indonesia berusia 18 tahun melalui lokasi kejadian.

“Kereta dipandu di lorong kanan dan tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah lori yang nombor pendaftarannya tidak pasti memandu secara melawan arus di lorong kanan itu.

“Pemandu kereta cuba untuk mengelak lori terbabit, namun hilang kawalan dan terbabas ke bahu kanan jalan,” katanya menerusi kenyataan media.

Mohd Sohaimi berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta cedera di dahi, tangan kanan dan luka di bahagian kaki kanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here