Kilang papan dan besi terbakar

Sungai Buluh, Nov-
Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.36 pagi.

Menurutnya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi terbakar 60 peratus.Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan api marak di mana kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here