Dadah lebih RM28 juta dirampas di Johor

Johor Bahru, Nov-
Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus menjadi rampasan terbesar di Johor tahun ini.

Ketua Polis Johor M. Kumar, berkata semua suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan, dan dua wanita warga asing berumur 27 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sekitar bandar raya ini, Iskandar Puteri, dan Kluang, pada 3 dan 4 Nov.

“Modus operandi sindiket edar dadah yang aktif beroperasi sejak Ogos tahun ini adalah dengan membungkus semula dadah yang diperoleh dari sumber luar itu dengan menggunakan peket bungkusan jenama minuman terkenal di pasaran untuk mengelirukan pihak polis dan agensi penguat kuasa.

“Sindiket ini mempunyai pelanggan tersendiri dengan pasarannya adalah di Johor dan kumpulan ini boleh dikategori sebagai pemborong yang besar. Sepeket dadah yang dibungkus dipercayai dijual antara RM200 hingga RM250,” katanya pada sidang media di IPK Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here