Kurung anak dalam sangkar, ibu dan rakan dipenjara 3 tahun

Kuala Lumpur, Nov-
Seorang ibu muda dan rakannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki.

Wanita berusia 20 tahun itu dan rakannya Adibah Mohd Zaini, 35, didakwa melakukan penganiayaan terhadap mangsa dengan cara memasukkan mangsa ke dalam sangkar kucing pada 10 Februari 2024 di Residensi Desamas, Taman Danau Desa di sini ketika kanak-kanak lelaki itu berusia tiga tahun enam bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here