Kuala Lumpur, Mei-
Seorang lelaki tersepit dalam kereta dipandunya yang remuk akibat terkena tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim berhampiran Istana Negara di sini, pada jam 7.06 pagi kelmarin.
Berikutan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hartamas diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Izan Ismail digerakkan ke lokasi.
Mohd Izan berkata, sebaik pasukannya tiba di lokasi, mendapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan, masing-masing jenis Proton Iris dan Proton Saga.





















