DBKL gempur premis perniagaan haram warga asing, diarah tutup serta-merta

Kuala Lumpur, Nov-
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur enam premis perniagaan beroperasi tanpa lesen perniagaan sah dan dikendalikan warga asing di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya melalui Jabatan Penguatkuasaan yang menutup serta-merta semua premis terbabit.

“Tindakan penutupan premis itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah serta dikendalikan oleh warga asing.

“Selain itu, sebanyak lapan Notis Tawaran Kompaun Kesalahan juga dikeluarkan terhadap premis perniagaan berkenaan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan sama dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here