Polis berusaha peroleh jutaan ringgit aset 1MDB

Kuala Lumpur, Okt 26.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam proses memperoleh semula aset berkaitan 1MDB bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu.

Pengarahnya, Ramli Yoosuf, berkata individu itu dikenal pasti berikutan siasatan membabitkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng.“Ini yang sedang giat kita usahakan. Kita sangat positif dapat peroleh semula aset bernilai jutaan ringgit,” katanya pada sidang media.

Ramli bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu itu kerana boleh menjejaskan siasatan pihaknya, tetapi dia dipercayai berada di luar negara.

Ng dihantar pulang ke Malaysia awal bulan ini untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan 1MDB yang sedang berjalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here