5 pegawai kadet UPNM dibuang, diarah bayar ganti rugi

Kuala Lumpur, Nov-
Lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan dibatalkan lantikan dan diberhentikan daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang pada Isnin turut memutuskan lima pegawai kadet berkenaan iaitu Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, Izzat Izuddin Mohammad Arif, Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan, Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi dan Ammar Hafiy Muhammad Habib dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia berdasarkan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian.

“Tindakan ini tidak tertakluk kepada tindakan lain yang diambil oleh pihak UPNM sendiri mahupun Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohamed Khaled, Amirul Iskandar Pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021) dikenakan bayaran ganti rugi oleh MAT sebanyak RM44,600.20 kepada kerajaan selepas didapati terbabit sebagai pelaku kes tekapan seterika ke dada pegawai kadet, Muhammad Salman Mohd Saiful Surash seperti dilaporkan Oktober lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here