Banjir landa Selangor dan Negeri Sembilan

Kuala Lumpur, Apr.
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan berikutan banjir menenggelami beberapa kawasan di dua negeri berkenaan.

Di Selangor, dua PPS dibuka pada hari ini susulan hujan lebat melanda beberapa kawasan di Sungai Buloh dan Subang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields menempatkan 374 mangsa daripada 88 keluarga.Di Negeri Sembilan, satu PPS dibuka di Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson, awal pagi tadi, susulan kejadian banjir kilat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, dalam satu kenyataan memaklumkan PPS itu dibuka pada jam 4.08 pagi dengan menempatkan 46 orang daripada dua keluarga.

“Beberapa stesen sungai turut merekodkan bacaan pada paras berjaga-jaga dan bahaya, setakat jam 7 pagi tadi, iaitu Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here