Terkena serangan jantung – Pemandu lori rempuh 3 kenderaan

Kuala Lumpur, Dis-
Seorang pemandu lori maut dipercayai akibat serangan jantung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Station, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 1.30 tengah hari itu, ketika lelaki berusia 30 tahun itu memandu lori untuk menghantar barangan perubatan di sekitar pusat bandar.

“Tiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan hilang kawalan sebelum lorinya melanggar kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta yang diparkir di sebelah kanan jalan,” katanya, lapor Harian Metro.

Mangsa yang tidak mengalami kecederaan fizikal lain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut Raub.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here