Shah Alam, Julai-
Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kedua-dua mangsa berusia sembilan dan 12 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi.
“Komander operasi melaporkan dua kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam parit.
“Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Che Syazwan Irwan Shah, 12, dan Arshidayan Arijanto, 9, ditemui sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

























