Putrajaya, Dis-
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51, iaitu antara 15 hingga 21 Dis lepas, berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada tempoh ini.
Katanya, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga tempoh itu adalah 121,082 kes berbanding 120,418 kes bagi tempoh sama pada 2023.
“Terdapat 116 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 96 kematian bagi tempoh sama pada 2023,” katanya.
Daripada 18 lokaliti dilaporkan, katanya, sembilan terletak di Selangor; empat di Negeri Sembilan; tiga masing-masing di Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala masing-masing satu di Pahang dan Pulau Pinang.





















