Anwar beri penghormatan kepada bekas Presiden AS, Jimmy Carter

Kuala Lumpur, Dis-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan penghormatan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, semalam.

“Saya menyertai rakan-rakan pemimpin bersedih atas kehilangan bekas Presiden AS, Jimmy Carter dan meraikan perkhidmatan beliau yang luar biasa terhadap kemanusiaan dan negaranya.

“Pada pandangan saya, apa yang paling menyerlah ialah mengenai kesediaan beliau menentang pemikiran konvensional elitis politik Amerika mengenai perkara yang paling penting dalam peperangan dan keamanan, sama ada ia mengenai dialog dengan Cuba, memperjuangkan penghapusan senjata nuklear di Semenanjung Korea, atau mengecam pencerobohan Iraq pada 2003,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here