Kos sara hidup beban utama keluarga

Kuala Lumpur, Dis-
Beban kos sara hidup tinggi yang menjadi masalah utama keluarga di negara ini, diharap dapat diselesaikan menerusi penggubalan Dasar dan Pelan Tindakan Keluarga Negara baharu yang kini dalam semakan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, berkata semakan semula dasar dan pelan tindakan yang dijangka pada November tahun depan itu diharap dapat menyokong dan mengurangkan beban pekerja sebagai tonggak utama keluarga.

“Tanggungan kos sara hidup tinggi ialah cabaran utama yang semakin membebani keluarga di negara, memaksa ketua isi rumah bekerja lebih keras untuk memastikan keperluan asas menanggung keluarga dapat dipenuhi.

“Dalam situasi ekonomi semakin mencabar ini, kebanyakan ketua keluarga terpaksa bekerja lebih keras untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Beban kewangan tinggi itu memaksa ketua isi rumah menghabiskan lebih banyak masa untuk bekerja yang kadang-kadang hingga hingga membuatkan mereka mengabaikan aspek penting lain dalam kehidupan keluarga seperti masa berkualiti bersama anak dan pasangan.

Kekurangan masa ini boleh memberi kesan kepad hubungan kekeluargaan, menyebabkan masalah dalam komunikasi, ketegangan rumah tangga dan meningkatkan risiko stres yang akhirnya memberi impak negatif terhadap kesejahteraan mental dan fizikal ahli keluarga,” katanya kepada BH.

LLPKN sebelum ini menerusi hasil tinjauan pendapat kira-kira 41.8 peratus daripada 5,430 individu berusia 18 tahun ke atas, menyatakan mereka tidak mempunyai masa mencukupi untuk bersama keluarga akibat kekangan kos sara hidup tinggi.

Hasil tinjauan pendapat itu diperoleh daripada tinjauan pendapat umum yang dilaksanakan secara dalam talian bagi tempoh 7 hingga 30 November lalu oleh LPPKN mengenai situasi keluarga di negara ini.

Abdul Shukur berkata, selain kos sara hidup tinggi, responden mengakui peningkatan perbelanjaan membesarkan anak, masa bersama keluarga semakin berkurangan dan mereka terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

“Justeru dalam menyelesaikan cabaran ini LPPKN menyediakan pelbagai program pendidikan kekeluargaan untuk kesejahteraan keluarga termasuk program keibubapaan, pengurusan kewangan keluarga, latihan kemahiran komunikasi di antara pasangan dan pengurusan rumah tangga yang lebih berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here